Monday, 23 December 2013

Bercuti di Krabi!

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk bercuti bersama keluarga pada bulan Disember ini. Kami sekeluarga telah ke Krabi Thailand selama 5 hari.

Cuti kali ini sungguh seronok kerana 2 buah keluarga telah bersama kami. Tentunya sungguh meriah dan kecoh!

Suasana di sekitar pulau-pulau di sekeliling Krabi sungguh memukau mata memandang. Sungguh cantik ciptaan Allah! Subhanallah!


Sebuah pengangkutan di Krabi.
Suasana alam yang indah.
Menaiki bot melawat pulau-pulau di sekitar Krabi.
Air laut yang jernih. Ikan-ikan berenang dengan asyik. 

Menikmati keindahan pantai.
Menaiki gajah, menikmati keindahan alam di hutan.




Saturday, 7 December 2013

Pulai Springs Resort

Cuti sekolah datang lagi. Banyak aktiviti telah diatur untuk mengisi masa saya dan keluarga pada cuti sekolah kali ini.

Pertama sekali, kami telah ke Pulai Springs Resort untuk berehat dan bersantai. Kami telah menempah sebuah unit yang mempunyai 3 bilik tidur. Bilik-bilik yang selesa dan terdapat kemudahan wifi. Mudah untuk kami melungsuri lelaman internet. Tempat ini sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran daripada hiruk-pikuk bandar.