Pengenalan

Sebelum membuat sesuatu karangan, kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu.

Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang:
 a) Pengenalan
 b) Isi-isi dan
 c) Penutup

A.
Pengenalan setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, Memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.



No comments:

Post a Comment