Saturday, 8 November 2014

Aktiviti Berbasikal Bersama Keluarga

Sudah lama rasanya tidak berbasikal bersama keluarga. Kali terakhir berbasikal di taman Punggol pada bulan Jun yang lalu.

Oleh kerana peperiksaan telah berakhir, aktiviti beriadah akan bermula. Jom, kita nikmati keindahan alam sambil berehat melapangkan fikiran!

Pemandangan menghadap seberang tambak Johor di Punggol.
Air pancutan di Punggol.
Sejuk mata memandang di taman yang menghijau.
Alhamdulillah, diberikan kesempatan menghirup udara yang nyaman dan menetap di negara yang aman dan damai!

Monday, 3 November 2014

Penggal 4 Hampir Tamat

Penggal 4 hampir tamat. Pelajar-pelajar gembira mendapat keputusan peperiksaan. Ya, cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.

Tidak sabar mahu berehat dan bercuti untuk merehatkan minda.

Mahu cuti ke mana, ya?

Balik kampung lagi! Suasana kampung yang mendamaikan dan mengasyikkan seperti memanggil-manggil untuk pulang ke kampung halaman.