Saturday, 22 October 2011

Surat Untuk Cikgu

Cuti sekolah yang lalu, saya telah mengemas meja dan almari saya di bilik guru. Saya telah menyimpan banyak surat-surat dan nota-nota daripada pelajar-pelajar saya.

Di antara kertas-kertas yang banyak itu, saya telah terjumpa sepucuk surat daripada anak murid saya yang berbunyi begini,

"Saya sayang Cikgu."

"Cikgu, cantik!"

"Saya suka cikgu mengajar saya!"

Saya begitu terharu sekali membaca tulisan-tulisan anak murid saya.

Oleh itu, saya ingin menjadikan blog ini sebagai taman ilmu untuk pelajar-pelajar saya. Di samping itu, saya mahu berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup saya.

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

No comments:

Post a Comment